Kemenangan BN di DUN Ayer Kuning wajib dipertahan

Kemenangan BN di DUN Ayer Kuning wajib dipertahan

WAN Rosdy Wan Ismail (dua dari kanan) beramah mesra dengan pengunjung Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Titian Kasih Warga Kerja Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)/Padiberas Nasional Berhad (Bernas) Wilayah Utara di Dataran Perumahan Awam Arau, Perlis, hari ini. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Barisan Nasional (BN) wajib mempertahankan kemenangannya di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Kuning dalam Pilihan Raya Kecil (PRK), 26 April ini. 

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, jentera parti telah bersiap siaga dan bekerja kuat bagi membantu kemenangan calon yang dipertaruhkan, Dr. Mohamad Yusri Bakir, 54,.

Katanya, Mohamad Yusri merupakan seorang pemimpin berpendidikan tinggi malah turut mempunyai pengalaman luas sebagai Setiausaha UMNO Bahagian Tapah. 

“Saya yakin beliau juga boleh menggalas tanggungjawab diamanahkan sekiranya dipilih sebagai wakil rakyat,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ramah Mesra Aidilfitri Titian Kasih Warga Kerja Lembaga Padi dan Beras Negara (LPN)/Padiberas Nasional Berhad (Bernas) Wilayah Utara di Dataran Perumahan Awam Arau, di sini hari ini.

PRK DUN Ayer Kuning bakal menyaksikan pertandingan tiga penjuru membabitkan pertembungan Mohamad Yusri dengan Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Tapah, Abd. Muhaimin Malek, 44, dan Timbalan Setiausaha Agung Parti Sosialis Malaysia (PSM), Bawani KS, 40.

Dalam pada itu, Wan Rosdy berkata, kemenangan Mohamad Yusri di kerusi itu adalah penting bagi membolehkan beliau meneruskan kesinambungan ditinggalkan penyandang kerusi itu sebelum ini, Allahyarham Ishsam Shahruddin.

“Bukan sahaja kerusi ini, tapi setiap pilihan raya sememangnya adalah penting bagi kita,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN