Kelantan pastikan tiada kegiatan campur beras

Kelantan pastikan tiada kegiatan campur be

TUAN Mohd. Saripuddin Tuan Ismail semasa Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 2025 di Kompleks Kota Darulnaim, Kota Bharu, Kelantan.- IHSAN UPKN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kerajaan Negeri Kelantan menyusun strategi bagi memastikan tiada kegiatan mencampurkan beras tempatan dan import terhadap beras yang diproses di kilang milik kerajaan negeri.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri, Agro Makanan dan Komoditi Kelantan, Datuk Tuan Mohd. Saripuddin Tuan Ismail berkata, kerajaan negeri sememangnya berhasrat mengekalkan keaslian pengeluaran hasil beras dari negeri ini.

“Kita akan melaksanakan sendiri pemprosesan beras dan dikampitkan dengan jenama Darul Naim.

“Beras yang dikeluarkan di Kelantan sudah digunakan di seluruh negara meskipun Kilang Padi dan Beras Darulnaim Sdn. Bhd. (Beras Darul Naim) di Meranti, Pasir Mas belum siap sepenuhnya,” katanya ketika menjawab soalan Harun Ismail (Pas-Tawang) pada Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 2025 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Sementara itu, bagi menjawab soalan Mohd. Adanan Hassan (Pas-Kelaboran) mengenai usaha kerajaan negeri bagi memastikan Kelantan dapat mengeluarkan beras sendiri, Tuan Mohd. Saripuddin berkata, kilang berkenaan akan memulakan pembelian padi untuk diproses pada 27 April ini.

Menurutnya, kapasiti pengeluaran Beras Darul Naim dianggarkan mampu mencecah 600 tan metrik sehari dengan simpanan padi kering melebihi 40,000 tan metrik.

“Pengeluaran padi pada tahun ini akan meningkat dan mencukupi berikutan cuaca yang agak baik. Berdasarkan maklumat, lebih 90 peratus kawasan padi di Kelantan telah ditanam dan faktor cuaca baik membantu petani untuk mendapatkan hasil lebih banyak.

“Beras Darul Naim merupakan mercu tanda pencapaian baik kerajaan negeri dalam sektor pengeluaran beras tempatan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya