Kelantan negeri kedua paling selamat di Malaysia

Kelantan negeri kedua paling selamat di Malaysia

MOHAMED Fadzli Hassan semasa menjawab soalan semasa persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, Kelantan. - UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Kelantan disenaraikan sebagai negeri kedua paling selamat di Malaysia selepas mencatatkan indeks jenayah di tangga kedua terendah hasil laporan terkini Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM).

Timbalan Menteri Besar, Datuk Dr. Mohamed Fadzli Hassan berkata, melalui indeks itu Kelantan mencatatkan skor 96 bagi setiap 100,000 penduduk.

“Jenayah indeks ini melibatkan  kekerasan, bunuh, mencederakan, harta benda, rogol, rompak serta mencuri. Didapati dalam laporan terbaharu DOSM,  Kelantan mencatatkan negeri kedua paling selamat selepas Sabah,” katanya semasa menjawab soalan Mohd. Syahbuddin Hashim (BN-Galas) pada persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan Ke-15 di Kompleks Kota Darulnaim, di sini hari ini.

Dr. Mohamed Fadzli yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Temangan berkata, masalah sosial dan jenayah termasuk penyalahgunaan dadah adalah masalah yang melibatkan seluruh negara dan tidak hanya  tertumpu kepada negeri-negeri tertentu sahaja.

“Kita berdepan dengan masalah yang sama (jenayah) dan perkara ini tidak boleh dibandingkan antara negeri dan sebagainya. Kita boleh mengedarkan hasil daripada kajian indeks sosial atau hasil penemuan Polis Diraja Malaysia (PDRM) tanpa perlu mempolitikkan isu berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya