Kelab malam kini jadi sarang baharu dadah

Kelab malam kini jadi sarang baharu dadah

MAT Zani (dua kanan) menunjukkan dadah yang dirampas dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) kini mengalihkan tumpuan kepada kelab-kelab malam yang disyaki menjadi lokasi baharu aktiviti penagihan dan pengedaran dadah di seluruh negara.

Pemangku Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Deputi Komisioner Mat Zani @ Mohd. Salahuddin Che Ali berkata, taktik biasa yang menggunakan premis terbiar dan kawasan terpencil untuk kegiatan itu kini tidak lagi relevan.

Menurut beliau, pihaknya menerima maklumat bahawa terdapat kelab malam tertentu yang kini bertindak sebagai sarang baharu bagi aktiviti dadah.

“Kami mempunyai maklumat sahih bahawa beberapa kelab malam di seluruh negara telah berubah fungsi menjadi sarang dadah versi baharu.

“Kelab-kelab itu bukan sahaja menjadi tempat penagih berkumpul, malah turut digunakan untuk mengedar pelbagai jenis dadah sintetik,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, di sini hari ini.

Menurutnya, antara dadah yang sering diedarkan termasuk methamphetamine, ekstasi, ketamin, heroin dan ganja.

Tambah beliau, aktiviti itu bukan sahaja tertumpu di Lembah Klang, malah dikesan berlaku di negeri-negeri lain.

“Kita sudah mengenal pasti kelab-kelab malam yang terlibat dan operasi bagi membanteras kegiatan ini sedang dirancang. Ia hanya menunggu masa untuk dilaksanakan,” katanya.

Dalam pada itu, beliau turut memberi amaran kepada orang ramai agar menjauhi sebarang bentuk aktiviti berkaitan dadah dan menyeru mana-mana pihak yang mempunyai maklumat supaya menyalurkannya kepada talian hotline JSJN di 0122087222.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya