Kekecohan penguatkuasa MBI, pekerja restoran selesai secara baik - Utusan Malaysia

Kekecohan penguatkuasa MBI, pekerja restoran selesai secara baik

SANDREA Ng Shy Ching (tengah) menyerahkan watikah pelantikan kepada Zamakhshari Hanipah (kiri) sebagai Ahli Majlis MBI di Ipoh, Perak hari ini. - UTUSAN/FADZIL ZAINOL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

IPOH: Kekecohan di antara pekerja sebuah restoran di Bercham dengan pihak penguatkuasa Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) baru-baru ini diselesaikan secara baik.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching malah meminta perkara itu tidak dijadikan isu perkauman.

“Penyelesaian ini bukan semata-mata untuk meredakan suasana atau kerana tekanan luar, tetapi merupakan pendekatan terbaik yang mengambil kira semua aspek secara menyeluruh.

“Perlu saya tegaskan bahawa insiden ini bukanlah isu perkauman,” katanya ketika berucap dalam majlis angkat sumpah Datuk Bandar Ipoh yang baharu, Zamakhshari Hanipah sebagai Ahli Majlis MBI di sini hari ini.

Mengikut kenyataan polis, siasatan awal mendapati kekecohan pada 16 April itu berlaku ketika anggota penguatkuasa sedang menjalankan sitaan kerusi dan meja di restoran terbabit berdasarkan aduan Jabatan Kesihatan MBI.

Dalam pada itu, Sandrea memuji Zamakhshari kerana berjaya menguruskan masalah terbabit walaupun baru memainkan peranan sebagai Datuk Bandar Ipoh pada tarikh sama dengan hari kejadian pergaduhan yang tular dalam media sosial.

“Kerajaan sentiasa bersedia mempertahankan anggota yang menjalankan tugas di lapangan. Pada masa sama, kita juga harus bersedia dengan hati terbuka untuk mengakui dan memperbaiki kelemahan yang ada,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya