PETALING JAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memindahkan penduduk berhampiran lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, dekat sini hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, pemeriksaan awal mendapati kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter yang mana api sedang marak menjulang.
“Kebakaran berlaku berhampiran kawasan perumahan awam.
“Anggota bomba bersama agensi bantuan lain membuat pemindahan penduduk di kawasan sekitar.
“Mangsa yang terlibat belum dapat dipastikan lagi,” katanya di sini hari ini.
Terdahulu, tular beberapa video dan gambar menunjukkan kebakaran di sebuah lokasi di Putra Height dekat sini.
Video tular menunjukkan api menjulang tinggi dan mula merebak di kawasan setempat.
Ia mendapat perhatian susulan bahang yang dirasai oleh penduduk setempat selain bunyi letupan dan bau gas.- UTUSAN