Kebakaran saluran gas: Tujuh termasuk dua warga emas diselamatkan

Kebakaran saluran gas: Tujuh termasuk dua warga emas diselamatkan

WAN MD. RAZALI WAN ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tujuh mangsa termasuk dua warga emas diselamatkan berhampiran lokasi kebakaran saluran gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, dekat sini, hari ini.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md. Razali Wan Ismail berkata, setakat pukul 10 pagi ini kebakaran masih berlaku dan Petronas telah menutup injap saluran paip yang terbakar.

“Api merebak ke beberapa buah rumah di sekitar kawasan kebakaran.

“Anggota bomba telah mengeluarkan tujuh mangsa termasuk dua warga emas namun jumlah mangsa dan kesan api merebak di sekitar kawasan rumah belum diketahui,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, pihaknya turut menempatkan Pasukan Khas Bahan Kimia Berbahaya (Hazmat) di lokasi.

Terdahulu, Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya dikejarkan ke lokasi selepas menerima panggilan pada pukul 8.10 pagi.

Balai bantuan turut terlibat ialah BBP Puchong, BBP Shah Alam, BBP Jelutong, BBP Cyberjaya, BBP Rawang, BBP Klang Selatan, BBP Klang Utara dan BBP Damansara, BBP KLIA dan BBP Serdang.

Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas petronas sepanjang kira-kira 500 meter.

Kejadian terbabit turut tular menerusi beberapa video dan gambar di media sosial menunjukkan kebakaran di sebuah lokasi di Putra Height dekat sini.

Video tular menunjukkan api menjulang tinggi dan mula merebak di kawasan setempat.

Ia mendapat perhatian susulan bahang yang dirasai oleh penduduk setempat selain bunyi letupan dan bau gas.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya