Kebakaran saluran gas: Orang awam dilarang terbangkan dron

Kebakaran saluran gas: Orang awam dilarang terbangkan dron

CAAM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai dilarang menerbangkan dron di sekitar kawasan kebakaran saluran paip gas bawah tanah dekat Putra Heights, Puchong, Selangor.

Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan, larangan itu bertujuan mengelak sebarang kejadian tidak diingini berlaku melibatkan keselamatan orang ramai serta pasukan penyelamat yang sedang menjalankan operasi pemantauan udara di lokasi kejadian.

“Lokasi kejadian ini juga terletak di laluan kritikal penerbangan. Justeru larangan ini adalah penting bagi memastikan keutamaan diberikan kepada keselamatan pesawat yang sedang beroperasi.

“CAAM ingin mengingatkan bahawa sebarang aktiviti penerbangan termasuk pengendalian aktiviti dron yang boleh mengundang bahaya kepada orang awam atau harta benda adalah tertakluk di bawah Seksyen 4 Akta Penerbangan Awam 1969 (Akta 3); Peraturan 98, Peraturan 140-144, Peraturan-Peraturan Penerbangan Awam Malaysia (MCAR 2016) dan Civil Aviation Directives (CADs),” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran berhampiran dengan kawasan perumahan awam itu berlaku akibat kebocoran saluran paip gas yang dianggar sepanjang 500 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya