Kebakaran saluran gas: Laluan Seafield ke Bandar Saujana Putra ditutup

Kebakaran saluran gas: Laluan Seafield ke Bandar Saujana Putra ditutup

PLUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Laluan antara Seafield hingga ke Bandar Saujana Putra ditutup untuk semua kenderaan sebagai langkah keselamatan berikutan insiden kebakaran di Putra Heights berhampiran Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE).

Lebuhraya Usaha Sama Berhad (PLUS) memaklumkan, pengguna yang menghala ke selatan dilencongkan ke Plaza Tol Seafield dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Bandar Saujana Putra.

“Pengguna yang menghala ke utara pula diarahkan keluar di Plaza Tol Bandar Saujana Putra dan masuk semula ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol Seafield.

“Pada masa sama, semua laluan masuk ke Lebuhraya ELITE menerusi Plaza Tol USJ dan Putra Heights juga ditutup kepada semua kenderaan sebagai langkah keselamatan.

“Pengguna dinasihatkan supaya merancang perjalanan dan menggunakan aplikasi navigasi seperti Waze atau Google Map pada ketika ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

PLUS turut memaklumkan, pengguna lebuh raya boleh menghubungi PLUSLine di 1800-88-0000 untuk mendapatkan bantuan atau melaporkan sebarang kecemasan.

“Anda juga boleh mendapatkan maklumat trafik terkini di Lebuhraya PLUS menerusi Aplikasi PLUS atau Pembantu Maya – PUTRI. PLUS mengucapkan terima kasih atas perhatian dan kerjasama semua pengguna,” katanya.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Bomba Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, kebakaran berhampiran dengan kawasan perumahan awam itu berlaku akibat kebocoran saluran paip gas yang dianggar sepanjang 500 meter. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya