Kebakaran saluran gas: 25 mangsa terima rawatan awal

Kebakaran saluran gas: 25 mangsa terima rawatan awal

Gas
TANGKAP layar kejadian kebakaran gudang simpanan gas yang berlaku dekat Putra Heights, Subang Jaya, di Petaling Jaya, Selangor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sekurang-kurang 25 mangsa menerima rawatan awal ekoran kejadian kebakaran saluran paip gas di Jalan Putra Harmoni Putra Height, dekat sini hari ini.

Difahamkan, kesemua mangsa yang kebanyakan mengalami luka, melecur dan sukar bernafas itu menerima rawatan awal di sebuah kuil berhampiran kawasan kejadian oleh beberapa petugas Kementerian Kesihatan (KKM).

Seramai lima mangsa dikatakan dihantar ke Hospital Serdang untuk rawatan lanjut.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba da Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.10 pagi dan kebakaran membabitkan saluran paip gas.

“Sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya digerakkan dan tiba di lokasi pada 8.23 pagi.

“Kebakaran melibatkan kebocoran saluran paip gas Petronas sepanjang kira-kira 500 meter yang mana api sedang marak menjulang ke atas,” katanya.

Bomba setakat ini menyelamatkan tujuh orang mangsa, termasuk dua warga tempatan.

Bagaimanapun jumlah sebenar mangsa yang terlibat serta tahap kemerebakan api di kawasan perumahan masih dalam siasatan.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN