Kebakaran paip gas: Bekalan elektrik, gas di kawasan terjejas dijangka pulih Jumaat ini

Kebakaran paip gas: Bekalan elektrik, gas di kawasan terjejas dijangka pulih Jumaat ini

LETUPAN paip gas di Putra Heights turut menjejaskan empat stesen janakuasa utama di Lembah Klang.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUBANG JAYA: Bekalan elektrik dan gas di kawasan yang terjejas susulan insiden letupan saluran paip gas di Putra Heights di sini minggu lalu dijangka pulih sepenuhnya menjelang hari Jumaat ini.

Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir. Izham Hashim berkata, untuk itu kerja-kerja penyelarasan sedang giat dilaksanakan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuk Tenaga Nasional Berhad (TNB), Telekom Malaysia, Gas Malaysia dan Petronas.

Jelasnya, ia bagi memastikan pemulihan bekalan dapat dilakukan dengan selamat dan segera.

“Kami telah melaksanakan kerja-kerja penyelarasan melibatkan bekalan gas, elektrik dan juga telekomunikasi. Saya dimaklumkan bekalan elektrik ke seluruh kampung di kawasan ini akan pulih sepenuhnya menjelang Jumaat,” katanya pada sidang akhbar di Jalan Putra Harmoni, Putra Heights, di sini hari ini.

Menurut Izham, sebahagian besar rumah yang tidak mengalami kerosakan dalaman telah disambung semula bekalan elektrik.

Bagaimanapun, jelasnya, pemasangan fius keselamatan utama (main fuse) hanya akan dilakukan apabila pemilik rumah bersedia menjalankan ujian beban (load test) bagi memastikan sistem pendawaian dalaman berada dalam keadaan selamat.

Tambah beliau, perkhidmatan komunikasi internet juga dijangka kembali beroperasi sepenuhnya sebelum hujung minggu ini.

Dalam pada itu, beliau turut memaklumkan siasatan terhadap punca sebenar kejadian masih berjalan dan memerlukan masa kerana melibatkan pelbagai agensi serta kepakaran teknikal.

“Yang paling penting sekarang, kami sudah menetapkan kawasan kejadian untuk kajian seterusnya. Punca sebenar akan diumumkan selepas siasatan lengkap, tiada apa yang akan disembunyikan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya