LOS ANGELES: Keadaan mental penyanyi popular, Justin Bieber, dikatakan berada dalam keadaan tidak stabil buat masa ini.
Perkara ini dikongsikan rakan sepasukannya mengatakan penyanyi That Should Be Me itu seolah-olah ‘hilang’ daripada mencari tujuan hidup.
“Bila lihat keadaannya yang seakan ‘hancur’, dia seolah hilang dan tersesat.
“Dalam keadaan begini, tiada sesiapa yang berani berkata ‘tidak’ kepadanya. Kalau anda cakap begitu, anda akan habis,” katanya kepada media tempatan.
Tidak hanya itu, salah seorang pemuzik terdekat Justin Bieber iaitu Poo Bear turut mengiyakan perkara tersebut.
“Apapun yang Justin alami, saya berdoa semua akan baik-baik sahaja,” katanya kepada media tempatan.
Bagaimanapun, menerusi sumber lain, Justin dikatakan berada dalam keadaan baik dan berita mengenai keadaan mental penyanyi itu hanyalah khabar angin.
Terdahulu, keadaan mental Justin Bieber menjadi perbincangan di media sosial selepas berita pertunangan bekas kekasihnya, Selena Gomez, mula dikongsikan umum.
Bagaimanapun, peminat penyanyi itu menafikan perkara tersebut selain berkongsi gambar penyanyi itu sedang bahagia. – UTUSAN