Kanak-kanak tiga tahun maut, ayah, ibu parah

Kanak-kanak tiga tahun maut, ayah, ibu parah

KERETA Perodua Myvi dinaiki tiga sekeluarga remuk akibat terbabas di Jalan Adda 6, Taman Adda Height, Johor Bahru.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun maut apabila kereta Perodua Myvi yang dipandu ayahnya terbabas lalu melanggar pokok di Jalan Adda 5, Taman Adda Height, di sini tengah malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah malam itu, ayah dan ibu mangsa mengalami kecederaan parah akibat tersepit.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tebrau, Pegawai Bomba Kanan II Izwan Abdullah berkata, kenderaan tersebut dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas di bahu jalan.

Katanya, sebaik tiba di lokasi, didapati terdapat tiga mangsa dalam kenderaan berkenaan. Dua mangsa, iaitu seorang lelaki berusia 24 tahun dan seorang wanita berumur 23 tahun, tersepit di bahagian hadapan kenderaan dan mengalami kecederaan.

“Seorang lagi mangsa, iaitu seorang kanak-kanak perempuan, tidak tersepit namun disahkan meninggal dunia di lokasi oleh petugas Kementerian Kesihatan,”

“Kedua-dua mangsa kemudiannya diberikan rawatan awal sebelum dihantar ke Hospital Sultan Ismail (HSI) untuk rawatan lanjut. Mayat kanak-kanak perempuan tersebut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya