Kader Dakwah TUDM Perkasa Kepimpinan Islam - Utusan Malaysia

Kader Dakwah TUDM Perkasa Kepimpinan Islam

SEBAHAGIAN peserta bergambar semasa menyertai Program Kader Dakwah Kem Kepimpinan Islam 2025 di Dewan Auditorium Kolej Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Kepala Batas, Alor Setar, Kedah baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Program Kader Dakwah Kem Kepimpinan Islam 2025 anjuran Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) Kedah/Perlis berlangsung selama tiga hari di Dewan Auditorium Kolej TUDM Kepala Batas, baru-baru ini.

Seramai 49 peserta termasuk tiga wanita anggota tentera bakal pegawai menyertai program dengan kerjasama Kolej TUDM.

Penyelaras, Mohd. Irfan Shaffik Idris berkata, peserta didedahkan dengan pelbagai modul seperti asas kepimpinan, kemahiran komunikasi dan ciri pemimpin berkesan dalam organisasi tentera.

Antara penceramah ialah Mejar Zurida Azmi, Dr. Ahmad Mujahid Abdullah dan Affendy Md. Akhir dari Jabatan Penjara. Program ini memberi impak besar dalam melahirkan pemimpin berteraskan nilai Islam. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya