Kabinet Rakam takziah pemergian Pope Francis

Kabinet Rakam takziah pemergian Pope Francis

FAHMI FADZIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kabinet hari ini mengutuskan Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick bagi mewakili kerajaan untuk menandatangani buku ucapan takziah susulan pemergian Ketua Gereja Katolik Roman, Pope Francis.

Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata, Kabinet turut merakamkan takziah atas pemergian pemimpin utama penganut Katolik itu.

Beliau berkata, Ewon akan menandatangani buku ucapan takziah itu di Kedutaan Vatican di Kuala Lumpur.

“Manakala, seorang menteri akan diutuskan untuk menghadiri majlis pengebumian Pope Francis itu,” katanya dalam sidang akhbar pasca mesyuarat Kabinet di sini, hari ini.

Dalam perkembangan sama, Fahmi berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan mendiang seorang yang lantang bersuara terutama dalam isu Gaza.

“Oleh itu, Perdana Menteri sendiri amat menyanjungi jasa dan bakti mendiang,” katanya.

Ketua Gereja Roman Katolik pertama dari rantau Amerika Latin itu meninggal dunia semasa sambutan Paskah Isnin lalu pada usia 88 tahun.

Beliau meninggal dunia akibat strok, kurang 24 jam selepas muncul di atas kerusi roda di Dataran St. Peter untuk memimpin upacara Paskah di hadapan beribu-ribu penganut Kristian Katolik.

Mendiang sebelum ini tidak sihat dan dirawat di hospital selama lima minggu kerana jangkitan radang paru-paru berganda. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya