Jurutera tertipu dua kali, rugi hampir RM600,000

Jurutera tertipu dua kali, rugi hampir RM600,000

POLIS DIRAJA MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang jurutera terpedaya sebanyak dua kali dengan taktik sindiket penipuan pelaburan saham dalam talian sehingga mengalami kerugian hampir RM600,000.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden G. Victor  berkata, lelaki berusia 44 tahun itu mula menerima mesej menerusi aplikasi WhatsApp daripada seorang individu yang mendakwa sebagai wakil syarikat kewangan dan menawarkan peluang pelaburan dengan pulangan berganda pada 30 November tahun lalu.

“Tertarik dengan tawaran tersebut, mangsa membuat 23 transaksi ke dalam sembilan akaun berbeza antara 22 Januari hingga 3 April lalu dengan nilai keseluruhan RM469,100.

“Apabila ingin mengeluarkan keuntungan pelaburan, mangsa diminta membuat bayaran tambahan sebelum mengabaikannya. Bagaimanapun pada 10 Disember tahun lalu, mangsa sekali lagi menerima tawaran pelaburan daripada syarikat berbeza.

“Sekali lagi mangsa membuat sembilan pelaburan ke dalam empat akaun berbeza antara 9 Januari lalu hingga 28 Mac lalu dengan jumlah keseluruhan RM125,000,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Malangnya, mangsa juga tidak menerima sebarang keuntungan seperti yang dijanjikan, sebaliknya diminta untuk membuat pembayaran tambahan.

“Setelah dua kali terpedaya, mangsa akhirnya membuat laporan polis tentang kejadian tersebut kelmarin,” katanya sambil memberitahu kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya