Jualan harumanis tahun ini dijangka sekitar RM19.4 juta

Jualan harumanis tahun ini dijangka sekitar RM19.4 juta

RAZALI Saad (dua dari kiri) melihat buah mempelam harumanis yang ditanam di Ladang Harumanis Cikgu Non, Mata Ayer, Perlis. – UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Jualan harumanis Perlis musim ini dijangka hanya sekitar 2,400 tan metrik dengan anggaran nilai RM19.4 juta.

Jumlah tersebut menunjukkan penurunan berbanding tahun lalu iaitu sebanyak 2,497.58 tan metrik dengan nilai RM49.9 juta.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri, Razali Saad berkata, penurunan tersebut disebabkan beberapa faktor antaranya cuaca yang tidak menentu.

“Selain itu, antara faktor lain adalah disebabkan oleh keadaan pokok yang berusia di samping kemampuan pengusaha untuk menguruskan tanaman mereka.

“Pokok mempelam harumanis ini memerlukan penjagaan rapi dan ia membataskan kemampuan pengusaha khusus­nya mereka yang berusia untuk menguruskan tanaman ini,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan tinjauan di ladang harumanis sekitar Mata Ayer di sini, semalam.

Pada Mac lalu, Utusan Malaysia melaporkan, pengeluaran buah harumanis tahun ini dijangka merosot sebanyak 30 peratus disebabkan faktor cuaca hujan yang menyebabkan bunga tanaman itu tidak dapat menghasilkan putik.

Razali berkata, pasaran buah berkenaan masih kekal pada kadar RM130 untuk tiga kilogram bagi gred tunggal A.

Katanya. Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) sedang dalam proses untuk mengadakan mesyuarat bagi penyelarasan harga semasa dalam masa terdekat.

“Berdasarkan tinjauan juga, kami berpuas hati kerana buat masa ini pengusaha masih menawarkan harga mampu beli dan berpatutan,” katanya.

Dalam pada itu, Razali berkata, kerajaan negeri berharap agar pengusaha tidak memasarkan harumanis Perlis pada harga terlalu tinggi, selain cuba menipu pembeli dengan menjual buah mangga berlainan.

Katanya, agensi berkaitan seperti FAMA, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) dan Jabatan Pertanian sentiasa mengambil langkah serius dalam melin­dungi pembeli daripada sebarang penipuan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya