JSJN bongkar makmal haram dadah RM6 juta

JSJN bongkar makmal haram dadah RM6 juta 

Dua kumpulan dadah dikenali sindiket 18 dan 04 tumpas apabila sebuah makmal haram memproses dadah menerusi dibongkar Polis Diraja Malaysia (PDRM)  di Kedah dan Pulau Pinang membabitkan nilai rampasan dadah RM6 juta.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

PETALING JAYA : Dua kumpulan dadah dikenali sindiket 18 dan 04 tumpas apabila sebuah makmal haram memproses dadah menerusi dibongkar Polis Diraja Malaysia (PDRM)  di Kedah dan Pulau Pinang membabitkan nilai rampasan dadah RM6 juta.

Menerusi operasik dikenali Op Kenari 1.0 dijalankan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) itu turut menahan 56 individu selain tiga kenderaan dirampas diikuti motosikal (lapan buah) , barang kemas dan wang tunai dengan nilai sitaan RM208,000.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, operasi itu dilaksanakan atas araha beliau berdasarkan senario semasa berkaitan peningkatan isu penagihan dan pengedaran dadah di negeri Kedah terutamanya di daerah Pendang, Kedah.

Kata beliau, JSJN telah mengambil tindakan serius dengan melaksanakan Op Kenari 1.0 dalam usaha melumpuh dan menghapuskan sepenuhnya rantaian bekalan dadah sehingga ke akar umbi. 

“JSJN Bukit Aman bersama JSJN Kontinjen Kedah menjalankan operasi ini bermula pada 9 April hingga hari ini di Kedah dan Pulau Pinang.

“Hasil tindakan operatif dan gerak gempur yang dijalankan, pasukan operasi berjaya melumpuhkan dua kumpulan iaitu sindiket 18 dan sindiket 04 serta membongkar sebuah makmal haram memproses dadah,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Razarudin berkata, seramai enam lelaki dan seorang wanita warga China berusia 30 hingga 50 merupakan ahli sindiket 18.

Selain itu, kata beliau, JSJN turut merampas dadah syabu 197.5 kilogram (kg),  erimin 5 (10.21 kg), serbuk MDMA (58.6 kg), ekstasi (6 kg), ganja (1.43 kg) dan serbuk kimia (43.2 kg).

“Rampasan dadah turut membabitkan 47 gram heroin diikuti kartrij cecair vape (110), cecair vape (67 botol) selain peralatan memproses dadah.

“JSJN juga turut merampas satu pucuk pistol beserta 61 butir peluru hidup dengan nilai rampasan dadah RM2.95 juta manakala sitaan harta RM7,000,” jelasnya.

Beliau berkata, seramai lapan lelaki berusia 32 hingga 49 tahun yang ditahan pula membabitkan sindiket 04 dengan membabitkan rampasan dadah 1.63 kg heroin.

“Dalam pada itu, sebanyak 2.3 kg syabu bernilai RM186,000 serta menyita tiga buah kereta, tujuh buah motosikal, barang kemas dan wang tunai dengan sitaan harta RM192,520 turut dibuat.

“Hasil operasi di empat daerah di Kedah iaitu di Kuala Muda,  Pendang, Kota Setar dan  Pokok Sena turut menahan pengedar dadah terdiri 39 lelaki, seorang lelaki warga Thailand dan seorang wanita berusia 20 hingga 58 tahun.

“JSJN juga merampas 86.52 gram heroin, ketamin (695 gram), syabu (26.69) dan pil atau serbuk yaba (5.95 gram) dengan nilai rampasan dadah  RM40,000,” jelasnya.

Beliau berkata, JSJN Bukit Aman bersama JSJN Kontinjen Pulau Pinang juga  membuat serbuan di Bukit Mertajam, Pulau Pinang dan menahan seorang lelaki berketurunan Siam berusia 37 tahun.

“Di sini, dadah MDMA seberat  16.22 kg diikuti ketamin (235 gram) ; pil ekstasi (831 biji ) ; erimin 5 (180 biji) ; ganja (5,11.24 gram) dan 7 katrij cecair vape membabitkan nilai rampasan dadan RM2.8 juta manakala sitaan harta membabitkan barang kemas bersama wang tunai adalah RM8,500.

“Rampasan dadah ini boleh digunakan seramai 1.6 juta penagih dadah malah ujian saringan air kencing mendapati 50 individu positif dadah  methamphetamine, amphetamine, ketamin, morfin dan benzo,”ujarnya. 

Razarudin berkata, semakan rekod lampau mendapati seramai 47 individu mempunyai pelbagai rekod jenayah membabitkan kes dadah, senjata api, bunuh, samun, mendatangkan kecederaan, perjudian, Seksyen 19(A)(1) Akta Pencegahan Jenayah 1959, Seksyeb 5(2) Akta Pemberi Pinjam Wang dan lain-lain,” katanya.

Kata beliau, kesemua suspek ditahan reman bagi membantu siasatan lanjut mengikut Akta Dadah Berbahaya 1952, Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 Dan Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

“Siasatan lanjut diteruskan bagi mengesan rangkaian ahli sindiket yang masih bebas untuk diheret ke muka pengadilan manakala beberapa individu yang dikenalpasti akan diambil tindakan di bawah undang-undang pencegahan iaitu Akta Dadah Berbahaya (Langkah-Langkah Pencegahan Khas) 1985 termasuk salah seorangnya adalah anggota polis,” katanya.

Razarudin menegaskan, operasi dan tindakan sebegini akan diteruskan kepada kontinjen dan daerah lain juga bagi menyekat bekalan dan mengurangkan permintaan terdapat dadah.

“Sebelum ini JSJN telah melakukan Ops di Terengganu terutama daerah Paka,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya