JPN bantu proses dokumen pengenalan diri baharu mangsa 

JPN bantu proses dokumen pengenalan diri baharu mangsa 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

SUBANG JAYA: Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) akan membantu mangsa-mangsa kebakaran saluran paip Petronas di Putra Heights dekat sini dalam proses dokumen pengenalan diri yang baharu selepas dokumen asal mereka musnah dalam kejadian itu.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad berkata, pihaknya melalui Pengarah Kebajikan Negeri Selangor akan meminta JPN membantu mangsa-mangsa yang terkesan di Pusat Penempatan Sementara (PPS), Masjid Putra Heights, esok.

“Sebahagian besar mangsa tidak sempat membawa bersama dokumen penting dan hanya keluar sehelai sepinggang ketika menyelamatkan diri,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mengadakan lawatan di PPS berkenaan.

Dalam perkembangan lain, Noraini memaklumkan seramai 489 mangsa daripada 109 keluarga ditempatkan di PPS itu.

“Di antara mereka, terdapat empat individu orang kurang upaya (OKU), 21 bayi dan seorang ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Kami sangat menghargai bantuan tidak henti-henti daripada NGO dan penyumbang yang telah memberikan sumbangan yang sangat diperlukan sejak semalam. 

“Untuk makluman, bantuan daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) merangkumi  barangan keperluan asas seperti makanan yang dihantar setiap hari,” katanya.

Tambahnya, Yayasan Kebajikan Negara juga akan menyediakan perkhidmatan kaunseling kepada mangsa melalui unit Pusat Sokongan Sosial Setempat (PSSS) secara bergerak untuk menangani kesan trauma yang  mereka alami akibat kejadian tersebut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya