JPJ keluar SOP baharu kenderaan perdagangan, perkhidmatan awam 

JPJ keluar SOP baharu kenderaan perdagangan, perkhidmatan awam 

AEDY Fadly Ramli (kiri) beramah mesra dengan kakitangan JPJ pada Majlis Hari Raya Aidilfitri di Pejabat JPJ Terengganu, Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan mengeluarkan garis panduan dan prosedur  operasi standard (SOP) baharu membabitkan kenderaan perdagangan serta perkhidmatan awam pada bulan depan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Aedy Fadly Ramli berkata, antara garis panduan dan SOP baharu itu yang diperincikan adalah tindakan terhadap kenderaan perdagangan melebihi had laju sehingga membahayakan pengguna jalan raya lain.

Katanya, tindakan lain larangan kenderaan perdagangan berada di lorong paling kanan di lebuh raya dan jalan-jalan lain.

Menurut beliau, langkah tersebut diambil dalam usaha menangani peningkatan kes kemalangan melibatkan kenderaan berat terutama lori dan bas.

“Ketika ini JPJ bersama sedang meneliti dan membuat perincian bersama pihak-pihak berkepentingan lain. Kita tekankan kepada kenderaan melebihi 7.5 tan metrik.

“Antara perkara yang diperincikan tindakan terhadap kenderaan perdagangan yang melebihi had laju serta larangan kenderaan perdagangan berada di lorong paling kanan seperti yang telah diumumkan Menteri Pengangkutan sebelum ini,” katanya pada Majlis Apresiasi dan Sambutan Hari Raya JPJ Terengganu di sini, malam tadi.

Aedy Fadly berkata. sebanyak 8,862 kes kemalangan dicatatkan sepanjang Operasi Khas Hari Raya Aidilfitri (HRA) 2025 bermula pada 24 Mac hingga 8 April lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya