Johor pula dilanda banjir, hujan tanpa henti lebih 24 jam

Johor pula dilanda banjir, hujan tanpa henti lebih 24 jam

MET MALAYSIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEGAMAT: Beberapa kawasan di Johor mula dilanda banjir susulan hujan tanpa henti sejak kelmarin.

Menurut Ketua Balai Bomba Penyelamat Bandar Segamat, Penolong Penguasa Bomba, Muhd. Hazim Abdul Razak, berdasarkan pemantauan pihaknya kira-kira pukul 9 pagi, beberapa kawasan mula dinaiki air.

“Tiga kawasan yang mula dinaiki air adalah di Felda Pemanis serta Sungai Muar dan Sungai Tandong di Buloh Kasap.

“Semasa rondaan, didapati paras air di kawasan berikut masih terkawal. Penduduk yang berada di kawasan rendah di kampung yang terlibat turut  diingatkan supaya sentiasa peka dan berpindah sekiranya paras air naik,” katanya ketika dihubungi semalam.

Sementara itu di Batu Pahat, jumlah mangsa banjir yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sri Gading, di sini meningkat.

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN), Tan Sri Dr. Azmi Rohani berkata, PPS yang dibuka sejak kelmarin kini menempatkan seramai 326 mangsa daripada 108 keluarga berbanding 285 daripada 94 keluarga petang semalam.

“Hasil daripada laporan yang diterima, Sungai Senggarang berlaku peningkatan paras air, iaitu 3.35 meter dan kurang 0.15 meter untuk mencecah paras bahaya.

“Sungai Batu Pahat pula berada dalam paras waspada apabila mencatatkan paras air sedalam 2.30 meter,” katanya.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya