JBPM terima 30 unit FRT baharu tahun ini

JBPM terima 30 unit FRT baharu tahun ini

SEBANYAK 30 unit jentera JBPM yang berusia lebih 20 tahun akan dilupuskan dan digantikan dengan kenderaan baharu. -UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR/PEMBERITA - HUSNI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) akan menerima 30 unit jentera Fire Rescue Tender (FRT) baharu tahun ini bagi mempertingkatkan lagi kompetensi tindak balas terhadap panggilan kecemasan.

Ketua Pengarahnya, Datuk Nor Hisham Mohammad berkata, jentera itu diperoleh melalui kaedah tukar beli dengan kerjasama dengan syarikat CLW Special Automobile (M) Sdn. Bhd. (CLW Malaysia).

Beliau berkata, menerusi kerjasama itu, CLW Malaysia akan mengambil 30 unit jentera FRT milik JBPM yang berusia lebih 20 tahun dianggarkan bernilai RM2.3 juta dan menggantikannya dengan 30 unit jentera FRT baharu.

“CLW Malaysia juga bersetuju melaksanakan dan menyiapkan projek ini iaitu jauh lebih singkat berbanding proses perolehan baik pulih yang kebiasaannya mengambil masa dua tahun,” katanya selepas menyempurnakan majlis penyerahan Surat Setuju Terima (Bagi Tender Bekalan) antara JBPM dan CLW Special Automobile (M) Sdn. Bhd. (CLW Malaysia) di sini hari ini.

Pada masa sama, Nor Hisham berkata, pihaknya sedang meneliti beberapa lagi jentera milik pasukan itu yang berusia lebih 20 tahun untuk ditukarkan dengan jentera baharu.

Pelaksanaan projek perolehan rundingan terus 30 unit FRT sedia ada JBPM merupakan langkah tepat bagi memastikan khidmat kebombaan dan penyelamatan yang efektif dapat disalurkan kepada masyarakat.

“Pemerkasaan aset JBPM dengan kesiapsian jentera FRT ini juga sudah pastinya mampu membantu meningkatkan pencapaian sasaran masa tindak balas (reponse time) yang telah ditetapkan jabatan iaitu di bawah 10 minit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya