Jangan tekan link - Instagram Akim Ahmad dirampas? - Utusan Malaysia

Jangan tekan link – Instagram Akim Ahmad dirampas?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Instagram peribadi milik penyanyi, Akim Ahmad, dipercayai digodam pihak tidak bertanggungjawab sejak semalam.

Menurut pihak pengurusan Akim, mereka sedang berusaha mendapatkan kembali akaun tersebut di samping mengingatkan orang ramai agar tidak menekan sebarang pautan.

“Kepada sesiapa yang menerima DM daripada akaun peribadi Akim, mohon jangan balas atau klik sebarang link.

“Akaun tersebut telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab. Kami sedang berusaha untuk mendapatkan akaun itu semula. Tolong sebarkan dan berhati-hati,” tulis satu kenyataan di Instagram band Akim The Majistret.

Mengintai laman Instagram penyanyi Mewangi itu, tiga gambar terakhir memaparkan ayat ‘akaun ini telah dirampas’ dengan latar berwarna hitam.

Rata-rata peminat khuatir dengan keadaan itu namun tidak ketinggalan ada yang mendakwa ia sebahagian daripada gimik lagu terbaharu.

“Aku dapat link aneh, bodoh punya hacker,” tulis penyanyi, Luqman Faiz.

“Harap pengurusan akan dapat balik akaun ini,” kata komen yang lain.

“Comelnya hacker tulis bahasa Melayu, entah-entah gimik,” respons satu peminat. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya