Jangan sakiti hati guru jadi panduan pelajar cemerlang SPM

Jangan sakiti hati guru jadi panduan pelajar cemerlang SPM

R. PRAVIEEN ditemani bapanya. B. Ravindran ketika ditemui pemberita selepas mendapat keputusan cemerlang dalam SPM 2024 di SMK King George V, Seremban hari ini.-UTUSAN/NOR AINNA HAMZAH.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Mengamalkan sikap menghormati serta tidak sesekali menyakiti hati guru menjadi panduan kepada salah seorang pelajar cemerlang Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) King George V, di sini.

Pravieen, 18,  berkata, dia juga sentiasa menganggap guru-gurunya sebagai sebagai ibu bapa ketika berada sekolah dan keberkatan ilmu yang diberikan adalah sangat penting.

“Tanpa berkat cikgu, kita tidak akan jadi sesiapa, sepandai mana pun kita, kalau cikgu dah terasa atau pun sakit hati dengan kita, kita tak akan berjaya. 

“Jika bukan kerana guru kelas saya tidak akan mendapat keputusan cemerlang (semua A dalam lapan mata pelajaran) seperti ini. Sikap hormat kepada guru adalah sesuatu yang tidak boleh dibeli oleh wang ringgit,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.

Bagi Nur Aminah Hessa Mohd. Ashik, 18, pula berkata, dia mengamalkan tidur seawal pukul 9 malam dan bangun sekitar pukul 3 pagi untuk mengulangi pelajaran serta menunaikan solat tahajud.

“Selain itu, untuk cemerlang, kita kena percaya kepada guru, ikut segala program, tidak kisah penat atau lama, akhirnya guru-guru juga yang tahu apa yang terbaik untuk kita,” katanya yang mendapat sembilan A dalam peperiksaan itu.

Bagi Kauthar Arifin, 18, pula, antara panduan dirinya untuk cemerlang adalah dengan berusaha untuk hadir pada setiap hari persekolahan.

“Jangan ponteng kelas, apabila kita sudah sekolah di peringkat menengah, jika tertinggal satu kelas pun, kita akan tercicir banyak,” katanya.

Terdahulu, Pengarah Pendidikan Negeri Sembilan, Khalidah Omar berkata, seramai 804 calon SPM 2024 di Negeri Sembilan memperoleh keputusan cemerlang gred A+, A dan A- dalam semua mata pelajaran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya