Jangan ajar aku tentang sabar - Abby Abadi

Jangan ajar aku tentang sabar – Abby Abadi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Sejak minggu lalu, setiap perkongsian atau luahan pelakon, Abby Abadi terus menjadi sorotan dalam kalangan wargamaya.

Bermula dari luahan mengenai sikap menantu, perkongsiannya juga terus menyentuh perihal anak-anak dan juga bekas suaminya, Norman Hakim.

Bagai mahu mengumpul kekuatan, Abby dalam perkongsian terbaharu meluahkan isi hatinya setelah sekian lama menanggung kekecewaan yang menggunung.

“Jangan ajar aku tentang sabar, aku pernah dikecewa setengah nyawa.

“Dianiaya seperti tiada hati, kamu tahu rasanya dibunuh tapi tidak mati?,” katanya menerusi sebuah hantaran di TikTok.

Tidak terhenti di situ, pelakon drama bersiri Gerak Khas itu berharap orang ramai mendoakan agar dirinya terus kuat menempuh ujian dunia.

“Tak berharap apa-apa, cuma doakan saya terus kuat dan jadi terhebat berjuang untuk kehidupan didunia dan akhirat,” katanya di ruangan kapsyen.

Sebelum ini, kontroversi melibatkan keluarga pelakon ini menjadi sorotan hangat apabila ada pihak meminta Abby memohon maaf kepada madu anaknya, Marissa Dania iaitu Umisya Mazlan.

Bagaimanapun, ada pihak yang menasihatkan agar Abby berehat daripada menggunakan media sosial sementara kemelut keluarganya sedang menjadi tumpuan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN