Jabatan Imigresen buru PATI monopoli perniagaan tempatan

Jabatan Imigresen buru PATI monopoli perniagaan tempatan

ZAKARIA SHAABAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Fokus Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) pada tahun ini adalah memperkasakan lagi elemen penguatkuasaan terutama di lokasi aktiviti ekonomi yang dikuasai pendatang asing tanpa izin (PATI).

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, JIM sedaya upaya akan membanteras isu PATI selain tindakan bersepadu dengan agensi lain termasuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta pihak berkuasa tempatan.

“Mesej saya ialah tahun ini saya sasarkan JIM sebagai tahun penguatkuasaan.

“Kita akan fokus lebih dalam aktiviti penguatkuasaan dan fokus di kawasan dikuasai warga asing terutama aktiviti ekonomi seperti di Kuala Lumpur dan Selangor,” katanya ketika ditemui di Majlis Aidilfitri JIM Kuala Lumpur di sini hari ini.

Jelas Zakaria, pelaksanaan akan sentiasa dilaksanakan pihaknya.

“Jika hari ini kita pergi dia (PATI) tak ada, esok kita akan pergi lagi. Kita akan pastikan semua aktiviti haram ini akan dipatahkan,” ujarnya.

Mengulas mengenai statistik pada tahun ini setakat 2 April, beliau memaklumkan, pemeriksaan telah dilaksanakan ke atas 46,790 individu dengan 19,361 orang ditahan kerana melakukan pelbagai kesalahan di bawah Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam tempoh sama, kita turut menahan 448 majikan yang disyaki melindungi pekerja secara tidak sah dan mereka ini akan didakwa di mahkamah,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya