Isteri pergi secepat ini - Ali XPDC

Isteri pergi secepat ini – Ali XPDC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Terkejut isteri akan pergi meninggalkan saya secepat ini.”

Demikian luahan Ali XPDC yang tidak menyangka isterinya, Sharifah Azuwanna Syed Joned, 53, lebih dahulu pulang ke pangkuan pencipta.

Kata Ali, meskipun maklum arwah isterinya menghidap kanser payu dara, dia tidak pernah menjangkakan lebih awal akan kehilangan Sharifah.

“Saya maklum isteri menghidap kanser payu dara namun saya tidak tahu tahap berapa.

“Tapi saya amat sedih dan terkejut apabila dia pergi meninggalkan saya secepat ini,” katanya.

Allahyarham sekitar pukul 6.08 petang semalam, menghembuskan nafas terkahir di Hospital Putrajaya.

Jenazahnya, yang disolatkan di Masjid Bandar Baru Salak Tinggi selepas Isyak semalam, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Bandar Baru Salak Tinggi.

Turut hadir menziarahi jenazah di hospital adalah Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Ali sejak 24 Mac lalu dimasukkan ke Hospital Cyberjaya akibat paru-paru berair lemah jantung manakala Allahyarham Sharifah pula dirawat di Hospital Putrajaya kerana kanser payudara.

Pemilik nama sebenar Mohd. Ali Ismail itu bagaimanapun sejak Khamis lepas dibenarkan pulang dan berehat di rumahnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN