Insiden Putra Heights: MCMC agih komputer riba, telefon bimbit kepada mangsa

Insiden Putra Heights: MCMC agih komputer riba, telefon bimbit kepada mangsa

SURUHANJAYA KOMUNIKASI DAN MULTIMEDIA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seramai 37 mahasiswa institusi pengajian tinggi (IPT) yang kehilangan harta benda dalam insiden letupan paip gas di Putra Heights baru-baru ini menerima sumbangan komputer riba daripada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

MCMC menerusi kenyataan berkata, ia bagi memudahkan urusan pembelajaran dan komunikasi mereka.

Katanya, bantuan tersebut turut merangkumi peranti telefon bimbit kepada ketua isi rumah terjejas serta komputer riba kepada sekolah-sekolah yang terkesan di sekitar kawasan berkenaan.

“Secara keseluruhan, MCMC akan mengagihkan 302 unit komputer riba iaitu 37 unit kepada mahasiswa dan 265 unit kepada sekolah serta 620 unit telefon bimbit kepada setiap isi rumah terlibat yang akan disampaikan secara berperingkat dalam masa terdekat,” katanya.

Penyampaian sumbangan itu disempurnakan oleh Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari semasa lawatan beliau ke Pusat Penempatan Sementara (PPS) di Masjid Putra Heights, baru-baru ini.

MCMC berkata, pihaknya berharap inisiatif ini mampu mengurangkan beban mangsa kebakaran, khususnya dalam memastikan akses kepada pembelajaran, komunikasi dan perkhidmatan dalam talian tidak terjejas.

“Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen MCMC dalam memastikan rakyat terus terhubung walaupun dalam situasi bencana,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya