Insiden Putra Heights bakal hangatkan Sidang DUN Selangor

Insiden Putra Heights bakal hangatkan Sidang DUN Selangor

LAU Weng San ketika sidang akhbar di Wisma Dewan Negeri Selangor di Shah Alam, Selangor hari ini-UTUSAN/ MOHAMAD NAUFAL MOHAMAD IDRIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor dijangka panas dengan isu tragedi letupan paip gas di Putra Heights yang berlaku 1 April lalu.

 

Speaker DUN Selangor, Lau Weng San berkata, beliau menjangkakan ramai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) yang akan membahaskan tragedi berkenaan bagi mencari jalan penyelesaian supaya insiden sama tidak berlaku pada masa akan datang.

 

“Saya berharap perbahasan yang lebih rancak mengenai isu ini ketika sidang DUN yang akan datang.

 

“ADUN boleh bertanyakan soalan serta cadangan mereka mengenai insiden tersebut seperti soalan ada keperluan untuk melihat semula pembinaan bangunan atau infrastruktur di kawasan berdekatan laluan paip gas di Selangor,” katanya ketika sidang akhbar di Wisma Dewan Negeri, di sini, hari ini.

 

Sehubungan itu, Weng San meminta Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan Jabatan Perancangan Bandar dan Desa (PLANMalaysia) bersedia dengan jawapan daripada soalan yang bakal ditanya oleh ADUN. 

 

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan letupan paip gas di Persiaran Harmoni, Putra Heights telah mengakibatkan telah mengakibatkan lebih 50 buah rumah di taman perumahan itu dan Kampung Kuala Sungai Baru rosak sepenuhnya akibat terkena bahang api yang terhasil daripada letupan tersebut.

 

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, laporan penuh siasatan kes tragedi terbabit dijangka siap seawal pertengahan bulan Mei ini. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya