KUALA LUMPUR: Seramai 506 warga asing ditahan Jabatan Imigresen dalam serbuan di Medan Imbi di sini, kelmarin. Serbuan bermula pukul 7.30 petang itu dijalankan dengan kerjasama Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Utusan Malaysia yang mengikuti operasi berkenaan mendapati, setiap blok yang usang dan kotor itu menempatkan unit kediaman yang disewa warga asing dengan harga sekitar RM600 setiap bilik. Ketika serbuan, terdapat beberapa cubaan warga asing melarikan diri termasuk bersembunyi atas bumbung dan menyamar sebagai pelanggan kedai, malah ada antara mereka cedera ketika melarikan diri. Difahamkan, ada antara warga asing yang dicekup…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya