Ibu pukul anak di kedai dobi ditahan polis  - Utusan Malaysia

Ibu pukul anak di kedai dobi ditahan polis 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Seorang wanita yang disyaki memukul dan memarahi anak perempuannya di sebuah kedai dobi, di daerah ini ditahan polis, semalam. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, wanita berusia 45 tahun itu ditahan selepas video mengenai kejadian itu tular dalam laman sosial. 

“Hasil siasatan polis mendapati, kejadian itu berlaku kira-kira pukul 3 petang pada 16 April lalu. Wanita itu didapati  memukul anak perempuannya berusia sembilan tahun kerana bimbang keselamatan anaknya berlari-lari di hadapan kedai dobi yang boleh menyebabkan kecederaan jika dilanggar kenderaan lain yang melalui jalan itu,” katanya dalam satu kenyataan,hari ini. 

Mohd. Razi berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 323/ 18A Akta Keganasan Rumah Tangga 1994. 

“Mangsa  menerima rawatan di Hospital Kemaman sebagai pesakit luar dan laporan awal perubatan mengesahkan mangsa mengalami kecederaan ringan di bahagian dahi dan ketika ini mangsa berada di bawah jagaan bapanya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya