Ibu doa bahtera perkahwinan Aisyah Aziz dirahmati hingga ke syurga - Utusan Malaysia

Ibu doa bahtera perkahwinan Aisyah Aziz dirahmati hingga ke syurga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ibu kepada penyanyi, Aisyah Aziz iaitu Hafiza sempat menitipkan ucapan menyentuh hati buat anak tercinta yang selamat diijab kabul pada Sabtu.

Aisyah selamat berkahwin dengan abang ipar kepada artis, Neelofa iaitu Dr. Mohd. Fakhrudin Amir Mohd Ismail di Singapura. 

“Alhamdulillah segala puji pada Allah yang maha Esa diatas nikmat yang telah Allah beri pada kami sekeluarga.

“Kami menyambut anakanda Fakhrudin Amir ke dalam keluarga besar kami diiringi doa dan restu.

“Semoga rumah tangga yang dibina sentiasa dilindungi dan dirahmati Allah hingga ke syurga. Amin,” tulisnya menerusi hantaran di Instagram. 

Bukan itu sahaja, ibu kepada penyanyi itu juga memberi bayangan bahawa puterinya itu bakal bakal mengikuti suami menetap di Malaysia. 

“Buat anakanda, walau akan berada jauh di mata tapi pasti sentiasa dekat di hati dan dalam doa kami sentiasa,” tambahnya. 

Terdahulu, majlis perkahwinan Aisyah Aziz selamat berlangsung di sebuah acara tertutup yang dihadiri keluarga terdekat. 

Turut sama-sama meraikan detik bersejarah itu ialah Neelofa dan suaminya, PU Rizz. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya