Hujan penyebab kerja korek tanah sukar dilakukan - KP Selangor

Hujan penyebab kerja korek tanah sukar dilakukan – KP Selangor

HUSSEIN Omar Khan pada sidang akhbar di Putra Heights, Subang Jaya baru-baru ini.-UTUSAN/SYAKIR RADIN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Hujan dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan  kerja korek tanah tidak dapat dilakukan sehingga melambatkan proses siasatan.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata, cuaca tidak menentu adalah cabaran kepada pasukan teknikal susulan ketika yang turut melambatkan siasatan dijalankan.

Katanya, kerja-kerja korek tanah terpaksa dihentikan ketika hujan kerana struktur tanah yang tidak stabil.

“Kemudian selepas hujan reda, air yang bertakung perlu dipam keluar sebelum kerja-kerja mengorek tanah dapat diteruskan semula.

“Ini sedikit sebanyak akan melambatkan proses siasatan dapat dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu media melaporkan laporan lengkap berhubung insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Subang Jaya pada 1 April lalu dijangka diperoleh pertengahan Mei depan.

Ia lebih lewat dari jangkaan awal disebabkan keadaan cuaca serta faktor kestabilan tanah di lokasi kejadian.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari dilaporkan berkata, laporan awal sepatutnya diperoleh dalam tempoh dua minggu pertama selepas kejadian, namun kelewatan berlaku kerana keadaan tanah masih terlalu rapuh dan tidak selamat untuk dimasuki pasukan penyiasat.

“Pasukan teknikal menjangkakan hanya pada pertengahan bulan Mei nanti barulah mereka dapat mengemukakan satu bukti atau kesimpulan yang konkrit berhubung punca kejadian,” katanya.

Malah dua langkah drastik diambil bagi mempercepat proses siasatan untuk mengenal pasti punca kejadian letupan paip gas di Putra Heights, di sini, membabitkan penambahan bilangan jentera dalam kerja pengorekan tempat kejadian, selain melaksanakan operasi selama 24 jam.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya