Hsien Loong beri penghormatan terakhir bekas rakan sejawat

Hsien Loong beri penghormatan terakhir bekas rakan sejawat

LEE Hsien Loong dan Ho Ching memberi penghormatan terakhir Abdullah Haji Ahmad Badawi di Masjid Negara.-UTUSAN/AMIR KHALID
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong tiba di Masjid Negara di sini hari ini bagi memberi penghormatan terakhir kepada Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Hsien Loong dan isteri, Ho Ching tiba di sini kira-kira pukul 11.15 pagi disambut menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin yang juga bekas Menteri Kesihatan.

Menteri Kanan Singapura itu kemudian meluangkan masa kira-kira 10 minit bagi memberi penghormatan kepada rakan sejawatannya ketika zaman pentadbiran beliau.

Abdullah meninggal dunia pada usia 86 tahun iaitu pada malam semalam di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur.

Pegawai perubatan yang bertanggungjawab merawat Abdullah di IJN memaklumkan bahawa Allahyarham mengalami masalah pernafasan lalu dimasukkan ke dalam wad sebelum beliau menghembuskan nafas terakhirnya pukul 7.10 petang.

Allahyarham merupakan Perdana Menteri kelima yang berkhidmat dari tahun 2003 sehingga 2009 bagi menggantikan Mahathir.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN