Hidup Inul Daratista terasa kosong selepas pemergian Titiek Puspa - Utusan Malaysia

Hidup Inul Daratista terasa kosong selepas pemergian Titiek Puspa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Penyanyi dangdul, Inul Daratista mengakui pemergian seniwati lagenda Indonesia, Allahyarhamah Titiek Puspa pada 10 April lalu memberi tamparan hebat dalam hidupnya.

Menurut Inul, meskipun dirinya sudah ikhlas menerima takdir, namun kehilangan tokoh besar itu membuatkan hatinya terasa kosong dan sukar untuk meneruskan kehidupan.

“Sangat ikhlas, tapi jujur bila teringat, air mata ini susah ditahan. Saya belum ‘move on’, harus perlahan-lahan.

“Ada ruang kosong dalam hati saya sebab orang yang isi ruang itu sudah pergi,” katanya dalam sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian tersebut, penyanyi dangdul itu turut memuat naik foto dirinya menziarahi kubur seniwati itu bersama suaminya Adam Suseno serta rakan selebriti lain.

Dalam perkongsian lain, Inul juga sempat mengenang jasa baik Titiek Puspa yang menyokong dan membuka kembali peluang untuk dirinya terus berkarya selepas kontroversi ‘Goyang Ngebor’ yang berlako sekitar tahun 2003 hingga 2004.

Malah, dia juga turut meluahkan rasa kagum dengan sifat sederhana dan bijaksana seniwati itu dalam menyusun kata-katanya ketika berkomunikasi dengan orang sekeliling.

Kata Inul, dia akan terus menjadikan setiap kata-kata nasihat yang pernah diberikan oleh Titiek Puspa sebagai panduan dalam hidupnya.

Pada Khamis lalu, industri hiburan telah dikejutkan dengan pemergian seniwati lagenda, Titiek Puspa atau nama sebenarnya Sudarwati itu pada usia 87 tahun.

Difahamkan, pemergian Titiek Puspa berpunca daripada saluran darah pecah di otak.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya