HFMD: Pusat asuhan, tadika di Kelantan kembali beroperasi

HFMD: Pusat asuhan, tadika di Kelantan kembali beroperasi

DR. Zaini Hussin (dua dari kanan) mengiringi Hilmi Abdullah (tiga dari kiri) untuk menyempurnakan gimik perasmian program Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panjir, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK) sudah membenarkan hampir kesemua 43 pusat asuhan dan tadika yang ditutup akibat penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) kembali beroperasi seperti biasa.

Pengarahnya, Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, ia susulan kes jangkitan itu dilihat semakin menurun.

“Kita tutup dua minggu sahaja untuk menjalankan operasi pembersihan. Bagaimanapun JKNK sentiasa membuat pemantauan dan memberi nasihat teknikal dari semasa ke semasa bagi memastikan tahap kebersihan di premis-premis terbabit sentiasa terjaga.

“Cuma kita harap aspek penjagaan kebersihan ini sentiasa diamalkan walaupun di premis-premis yang disahkan bebas HFMD kerana kebersihan sepatutnya menjadi gaya hidup seluruh masyarakat di negara ini,” katanya selepas program Sambutan Minggu Glaukoma Sedunia Peringkat Negeri Kelantan Tahun 2025 yang dirasmikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar negeri, Hilmi Abdullah di Kompleks Belia dan Sukan Negeri Kelantan, Panji, di sini hari ini.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, sebanyak 43 premis pusat asuhan dan tadika di negeri ini telah ditutup susulan penyakit HFMD. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya