Hati-hati, elak berada di lokasi kejadian kebakaran saluran gas

Hati-hati, elak berada di lokasi kejadian kebakaran saluran gas

YEO BEE YIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Orang ramai yang tinggal berdekatan kawasan kejadian kebakaran Stesen Minyak Petronas Putra Heights, Subang Jaya diingatkan untuk berhati-hati.

Ahli Parlimen Puchong, Yeo Bee Yin berkata, ia bagi memberi ruang kepada pasukan bomba untuk melakukan kerja-kerja keselamatan yang masih sedang dikenal pasti.

“Kami ingin memaklumkan bahawa satu kebakaran telah berlaku melibatkan paip gas utama berhampiran Stesen Minyak Petronas Putra Heights, Subang Jaya.

“Berdasarkan laporan rasmi pihak berkuasa Pesuruhjaya Bangunan Majlis Bandaraya Subang Jaya (JPB MBSJ), stesen minyak tersebut tidak terjejas, namun kebakaran masih aktif pada saluran gas utama, yang kini telah ditutup dan sedang menunggu gas habis sepenuhnya untuk dipadamkan.

“Kami menyeru semua penduduk di kawasan berhampiran agar berhati-hati dan mengelakkan diri daripada berada di lokasi kejadian bagi memastikan keselamatan diri dan memberi ruang kepada pasukan penyelamat menjalankan tugas mereka,” katanya dalam Facebooknya hari ini.

Yeo turut memaklumkan Kampung Kuala Sungai Baru yang berhampiran turut terjejas, mengakibatkan beberapa rumah selain beberapa mangsa sedang menerima rawatan kecemasan.

“Bilangan rumah yang terbakar masih dalam siasatan dan operasi menyelamat sedang giat dijalankan kerana terdapat mangsa yang terperangkap.

“Mangsa yang diselamatkan telah dibawa ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Dewan Serbaguna Masjid Putra Heights yang mana mereka menerima bantuan awal sementara menunggu rawatan perubatan.

“Terdapat beberapa mangsa yang melecur dan sedang menunggu ketibaan ambulans untuk rawatan lanjut,” katanya.

Terdahulu, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor mengingatkan orang ramai supaya tidak mendekati kawasan kebakaran saluran paip gas Petronas yang bocor di Jalan Putra Harmoni, Putra Height.

Pengarah Bomba Selangor, Wan Md Razali Wan Ismail berkata, walaupun pihak Petronas menutup injap saluran paip yang terbakar namun jarak sebenar lokasi penutupan injap belum dikenal pasti.

“Kebakaran masih berterusan dan turut menjejaskan beberapa buah rumah berhampiran, meningkatkan lagi risiko kepada penduduk.

“Orang ramai dinasihatkan supaya tidak mendekati kawasan kejadian dan mematuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakkan sebarang risiko keselamatan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya