‘Hadir beribadah bersama membawa sejuta kisah’

‘Hadir beribadah bersama membawa sejuta kisah’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelawak, Mamat Sepah meluahkan rasa bersyukur dapat menunaikan ibadah umrah bersama sahabat baiknya, Shuib di Tanah Suci Makkah.

Menurut Mamat, meskipun persahabatan mereka pernah diduga, dia yakin perpisahan sementara itu memberi seribu satu hikmah dalam hidupnya.

“Terpisah hanya untuk sementara agar faham erti persahabatan. Tak terduga hadir beribadah bersama di sini (Makkah) dengan membawa sejuta kisah.

“Semoga teman-teman yang lain menjadi tetamu istimewa di sini satu hari nanti, amin,” katanya menerusi sebuah hantaran di Instagram.

Dalam perkongsian sama, Mamat turut memuat naik foto dirinya yang lengkap berihran mencium kepala Shuib di hadapan Kaabah.

Menyedari perkara itu, Shuib turut mendoakan agar persahabatan mereka berkekalan sehingga ke syurga di ruangan komen.

“Cerita kita luar biasa, Allah tulis untuk kita faham apa itu erti persahabatan. Semoga kita bersahabat sampai syurga Mat (Mamat),” komennya.

Sementara itu, perkongsian tersebut turut mengundang pelbagai respons dari kalangan warganet yang rata-ratanya terharu dan mendoakan kesejahteraan persabahatan mereka. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN