Guru ditahan reman, hantar pautan lucah kepada rakan sekerja

Guru ditahan reman, hantar pautan lucah kepada rakan sekerja

GURU lelaki yang ditahan reman bagi membantu siasatan kes menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang guru lelaki direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar pautan lucah kepada rakan sekerja wanita serta terlibat dalam perlakuan tidak bermoral bersama pelajar.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Nabilah Nizam selepas mendengar permohonan pegawai penyiasat dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Johor Bahru Selatan.

Suspek berusia 32 tahun itu disiasat di bawah Seksyen 15 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017. Suspek hadir ke mahkamah dengan berpakaian lokap sekitar pukul 9 pagi dan dibawa keluar pukul 11.30 pagi.

Tangkapan dibuat susulan laporan seorang guru wanita dari sebuah sekolah menengah di daerah ini yang mendakwa, suspek menghantar pautan lucah kepadanya, selain pernah melihat lelaki itu berkelakuan intim dengan beberapa pelajar perempuan.

Bagaimanapun, suspek menafikan tuduhan tersebut dalam satu hantaran di platform Facebook dengan mendakwa, penghantaran pautan lucah itu berlaku secara tidak sengaja.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya