Gengsterisme, dendam punca lelaki ditetak dengan parang

 Gangsterisme, dendam punca lelaki ditetak dengan parang

TANGKAP layar video tular menunjukkan seorang mangsa lelaki ditetak dua suspek bersenjatakan parang di sebuah pusat beli- belah di Seremban
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEREMBAN: Elemen gangsterisme dan dendam dipercayai ada kaitan dalam kejadian tetak menggunakan senjata parang dalam kes melibatkan seorang mangsa lelaki seperti yang tular di media sosial hari ini.

 

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Mohamad Hatta Che Din berkata, pihak polis telah menerima maklumat berhubung kejadian itu lebih kurang pukul 8.15 malam semalam melibatkan mangsa lelaki berusia 40 tahun.

 

“Siasatan mendapati kejadian berlaku di dalam bangunan sebuah pusat membeli belah di Seremban ketika mangsa sedang berehat seorang diri sambil merokok. 

 

“Mangsa kemudian dikejutkan dengan kemunculan sekumpulan lelaki yang berlari dari eskalator aras bawah dengan salah seorang memegang senjata parang,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

 

Jelas Mohamad Hatta, mangsa yang tidak sempat mengelak telah dilibas berkali-kali oleh suspek. 

 

“Setelah berjaya bangun, mangsa terus melarikan diri dan telah diselamatkan oleh rakannya yang melihat kejadian itu seterusnya dikejarkan ke hospital untuk bantuan kecemasan. 

 

“Mangsa mengalami luka pada kedua-dua belah lengan, bahagian belakang dan kaki kanan, namun kini dilaporkan stabil,” katanya yang memberitahu terdapat tiga hingga empat suspek disyaki dalam kejadian tersebut.

 

Beliau berkata, pihak polis percaya kejadian itu mempunyai elemen gangsterism dan motif kejadian adalah dendam.

 

“Suspek telah dikenalpasti dan usaha untuk mengesan serta menangkap suspek sedang dijalankan. 

 

“Kes disiasat di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan iaitu mencederakan menggunakan senjata yang membawa kepada hukuman penjara selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun, atau dengan denda atau sebat,” katanya.

 

Sehubungan itu, beliau berkata, sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu boleh berhubung dengan Pegawai Penyiasat, Inspektor Tharvin di talian 019-3666048 atau boleh terus ke mana-mana balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. 

 

Terdahulu tular di media sosial satu rakaman kamera litar televisyen tertutup (CCTV) dari sebuah kedai memaparkan dua suspek lelaki dengan salah seorang bersenjatakan parang telah mengejar seorang mangsa lelaki sebelum menetak beberapa kali di khayalak ramai. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya