Fosil dinosaur, rangka manusia 12,000 tahun aset pelancongan 

DUN Kelantan: Fosil dinosaur, rangka manusia 12,000 tahun aset pelancongan 

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Penemuan fosil dinosaur dan rangka manusia yang sempurna dianggarkan berusia 12,000 tahun menjadi aset penting kepada produk pelancongan di negeri Serambi Makkah ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan negeri, Datuk Kamarudin Md. Nor berkata, peninggalan sejarah itu masing-masing ditemukan di kawasan di Bukit Panau, Tanah Merah dan Gua Keledong, Nenggiri, Gua Musang

“Fosil tapak kaki dinosaur ini adalah sesuatu yang penting dan menarik, tambahan bila dikaitkan dengan penemuan rangka sempurna berusia 12,000 tahun di Gua Keledong, Nenggiri.

“Malangnya kedua-dua penemuan ini belum dapat disahkan, namun jika ada fosil, kita boleh buat kajian,” katanya ketika menjawab soalan Datuk Abdul Fattah Mahmood (Pas-Bukit Panau) pada Persidangan Kali Pertama Bagi Tempoh Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan ke-15 Tahun 2025 di Kompleks Kota Darul Naim, di sini hari ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Lanas itu berkata, semua panemuan tersebut boleh dipertimban sebagai aset yang penting dalam sektor pelancongan di Kelantan.

“Semuanya menjadi aset kita dan tidak terhad kepada itu kerana ia boleh merangkumi struktur, adat resam dan perayaan. Penemuan ini juga membolehkan kawasan berkenaan diangkat sebagai tapak warisan yang mempunyai nilai sejarah, arkeologi dan kepentingan ekologi zaman dinosaur,” ujarnya.

Dalam perkembangan sama, Kamaruddin berkata, kerajaan negeri juga sedang berusaha mengenal pasti satu kawasan di pertengahan Sungai Kelantan yang dikatakan tempat tenggelamnya sebuah kapal membawa ufti bunga emas kerajaan Kelantan kepada kerajaan Siam suatu ketika dahulu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya