Fazley, Aznil kongsi kenangan bersama Tun Abdullah - Utusan Malaysia

Fazley, Aznil kongsi kenangan bersama Tun Abdullah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Beberapa artis tanah air menzahirkan rasa sedih atas pemergian Perdana Menteri kelima, Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menerusi media sosial.

Chef selebriti dan penyanyi, Datuk Fazley Yaakob, menerusi TikTok berkongsi kenangan Bersama bekas perdana menteri itu.

“Secebis kenangan yang sukar saya lupakan bersama Allahyarham Tun Abdullah Badawi ketika saya bersalaman dengan beliau. Beliau sering keliru antara saya dan Angkasawan Negara, Dr. Sheikh Muzaffar pada ketika itu.

“Bila arwah ayah saya Datuk Yaakob membetulkan Paklah, ‘YAB, Ini Fazley, anak saya..yang depan tu Dr. Sheikh Muzaffar’. Kami semua terburai gelak berdekah satu baris di dewan PWTC,” katanya.

Juara Masterchef Selebriti Malaysia itu berkata, pemimpin yang mesra disapa sebagai Pak Lah itu sering berpesan mengutamakan agama melebihi perkara lain walaupun menjadi selebriti.

Sementara itu, pengacara terkenal, Datuk Aznil Nawawi berkongsi kenangan bertemu Tun Abdullah di sebuah resort terkemuka beberapa tahun lalu.

“Bila dia sampai, saya lihat Tun ketika itu hanya memandang pada satu sudut saja. Saya bisik kepada Allahyarham, saya dah pandai sekarang.

“Dulu, ketika saya bertugas sebagai wartawan, saya pernah menemu bual Tun. Soalan saya ketika itu dianggap tidak bijak, lalu Tun dengan lembut menegur saya,” katanya.

Menurut Aznil lagi, teguran berhemah itu menjadi titik pengenalan mereka yang dikenang sehingga hari ini.

“Saya malu ketika ditegur Tun. Namun selepas itu, ketika saya mengacarakan Anugerah Seri Angkasa, Tun masih ingat saya dan menyatakan saya wartawan pertama yang menegurnya,” katanya.

Allahyarham Tun Abdullah Ahmad Badawi menghembuskan nafas terakhir pada usia 85 tahun sekitar Isnin petang. Jenazahnya dikebumikan pada Selasa lalu di Makam Pahlawan, Masjid Negara. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya