Fadillah syukur selamat gempa bumi Turkiye

Fadillah syukur selamat gempa bumi Turkiye

FADILLAH Yusof selepas mengalami detik cemas bersama rombongan ketika berdepan gelaran gempa bumi bermagnitud 6.2 di Istanbul, semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Alhamdulilah saya dan rombongan selamat tiba di London dari Turkiye”. 

Demikian kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof selepas mengalami detik cemas bersama rombongan ketika berdepan gelaran gempa bumi bermagnitud 6.2 di Istanbul, semalam

Katanya, ketika bencana itu sedang berlaku, beliau dan rombongan berada di Lapangan Terbang Istanbul untuk penerbangan ke London bagi meneruskan lawatan kerja di United Kingdom. 

“Sebagai langkah berjaga-jaga, saya dan rombongan telah diarahkan untuk keluar dari bangunan Terminal VIP (orang kenamaan). 

“Gegaran pertama agak kuat dan selepas kira-kira 15 minit kami diminta masuk semula ke dalam bangunan.

“Namun berlaku gegaran kedua yang tidak begitu kuat sejurus kemudian dan kami diminta keluar bangunan sekali lagi untuk kira-kira 10 minit sebelum dibenarkan masuk semula,” katanya menerusi hantaran media sosial. 

Semalam media melaporkan, gempa bumi kuat berukuran 6.2 magnitud menggegarkan Türkiye hari ini, dengan pusat gempa terletak di daerah Silivri, kira-kira 80 kilometer (km) di barat Istanbul yang berada pada kedalaman 6.92 km.

Menurut Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana dan Kecemasan Türkiye (AFAD), gempa bumi berlaku pada jam 12.49 tengah hari waktu tempatan (0949 GMT) dan gegaran kuat dirasai di seluruh Istanbul serta wilayah berdekatan, menyebabkan penduduk panik dan keluar meninggalkan bangunan.

AFAD juga berkata, ia antara gempa bumi paling kuat melanda bandar berpenduduk 16 juta itu dalam beberapa tahun kebelakangan ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya