Fadhlina tawar diri bertanding Ketua Cabang PKR Nibong Tebal

Fadhlina tawar diri bertanding Ketua Cabang PKR Nibong Tebal

FADHLINA Sidek (kiri) dan Amar Pritpal masing-masing akan bertanding jawatan Ketua dan Timbalan Ketua Cabang PKR Nibong Tebal di Pulau Pinang pada pemilihan parti itu bulan depan.-GAMBAR/FACEBOOK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NIBONG TEBAL : Ketua Wanita PKR yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, Fadhlina Sidek menawarkan diri untuk bertanding jawatan Ketua Cabang PKR Nibong Tebal pada pemilihan parti itu bulan depan.

Menurut Fadhlina, keputusan tersebut dibuat kerana beliau berasa terhutang budi dan khidmat kepada Nibong Tebal selama ini.

Katanya, kerja keras anggota parti, pasukan Pakatan Harapan (PH) dan rakyat di kawasan itu telah menghantar beliau ke Parlimen sebagai wakil rakyat untuk Nibong Tebal.

“Maka, izinkan saya dengan rendah dirinya untuk menawarkan diri dan khidmat kebaktian tertinggi untuk parti di cabang Nibong Tebal.

“Saya dan rakan-rakan mempertaruhkan seluruh jiwa, tenaga dan pasukan kami dengan kekuatan kemajmukan dan semangat keluarga besar Keadilan (PKR),” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Mengulas lanjut, Fadhlina yang juga Menteri Pendidikan turut berterima kasih kepada bekas Ketua Cabang PKR Nibong Tebal sebelum ini, Datuk Dr. Amar Pritpal yang disifatkannya sebagai berani dan berjiwa besar untuk membuat keputusan itu secara bersama.

“Pengalaman beliau (Amar) yang cukup panjang dalam parti ini membuatkan saya kekal memilih beliau sebagai calon Timbalan Ketua Cabang Nibong Tebal,” kata Fadhlina yang turut memberi penghargaan kepada semua pemimpin reformis yang terlibat.

Tambah beliau, ahli PKR seharusnya merangkul setiap kekuatan yang ada selain menerajui iltizam untuk memperkukuh parti dalam kepelbagaian menerusi bingkai kesatuan.

“Justeru, kami bertekad untuk memimpin serta menavigasi cabang Keadilan yang telah menghimpun kekuatan anggota parti yang komited sepanjang ia ditubuhkan,” ujarnya.

Pemilihan PKR bagi peringkat Cabang, Wanita Cabang dan AMK Cabang ditetapkan pada 11 hingga 20 April ini manakala pemilihan bagi jawatan Majlis Pimpinan Pusat (MPP), Majlis Pimpinan Wanita Pusat (MPWP) serta Majlis Pimpinan Angkatan Muda Keadilan Pusat (MPAMKP) parti pula akan dilaksanakan pada 24 Mei depan.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya