Eyka Farhana sombongkah? - Utusan Malaysia

Eyka Farhana sombongkah?

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUDAH lama iuga tiada sebarang cerita membabitkan pelakon kecil molek yang seorang ini. Siapa lagi kalau bulan Eyka Farhana.

Cik Bunga kenal Eyka ini sudah lama juga, dari zaman Eyka mula nak berkecimpung dalam dunia seni hiburan sampailah sekarang sudah hendak berkahwin dengarnya si dia ini. Soal kahwin, itu cerita lain.

Sekarang ini, Cik Bunga hendak sentuh mengenai isu kononnya dia didakwa bersikap sombong dan tak mahu melayan peminat ketika dia berniaga di sebuah festival membeli-belah Ramadan lalu.

Kononnya ada yang kata Eyka bersikap begitu walhal setahu Cik Bunga, sombong bukanlah sikap pelakon ini.

Tetapi, tidak mustahil tanggapan salah itu boleh muncul kerana dalam suasana yang riuh dan ramai, orang pula berpusu-pusu datang membeli -belah di festival berkenaan, selebriti atau artis pun jadi tidak terlayan semua orang.

Bila kepenatan, wajah pun terserlahlah mood yang tak berapa bagus. Mungkin Eyka sedang mencuba untuk kuatkan semangat hendak berniaga, tetapi kalau sudah penat menguasai diri, kadang-kadang boleh menyebabkan orang lain salah faham.

Namun, bagi Cik Bunga, kita pun tak boleh hendak salahkan peminat juga. Mereka punyalah telah ‘berjuang’ melayan trafik yang dengarnya sangat sesak untuk ke festival berkenaan dan harapan utama mahu berjumpa dengan artis kesayangan.

Apabila dapat tengok artis kesayangan mereka sudah ada di depan mata, tentulah perasaan teruja untuk bergambar itu membuak-buak.

Iyalah, mungkin ada yang datang dari jauh sematamata hendak jumpa selebriti di depan mata, kita pun mana tahu bukan.Jadi Cik Bunga rasa, segala tuduhan terhadap Eyka itu mungkin benar sekadar salah faham.

Kita jangan mudah mahu menghukum sebab masing-masing ada sebab dan alasan sendiri. Okey, sudah. Jangan tuduh Eyka sombong lagi. Kita pun masih dalam mood raya ini, marilah kita berbaik sangka, mudah-mudahan dapat pahala.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya