Erra Fazira, Mr.E sudah saling bertemu keluarga - Utusan Malaysia

Erra Fazira, Mr.E sudah saling bertemu keluarga

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon jelita, Erra Fazira mendedahkan dirinya sudah memperkenalkan kekasih hatinya yang dikenali sebagai Mr.E atau Ezwan Zain kepada ibunya.

Hampir sembilan bulan mengenal hati budi, Erra berkata dia juga enggan terburu-buru untuk membuat sebarang keputusan selain mahu menikmati ‘fasa manis’ bersama.

“Fasa itu (berjumpa mak) sudah lepas, dia sudah mengenali keluarga terdekat saya dan begitu juga dia.

“Kami tidak terburu-buru, mahu terus mengenali hati budi dan keserasian masing-masing. Kami berkenalan pada Ogos tahun lalu, nak bercakap lebih pun takut sebab masih di fasa manis.

“Jika matlamat yang ingin dicapai itu dipermudahkan, saya syukur dan jika sebaliknya, saya berserah,” kongsinya menerusi saluran podcast.

Menerusi saluran audio siar tersebut, penyanyi lagu Hanya Di Mata itu mengakui perkenalan bersama Mr.E mengajar dirinya menjadi lebih matang dan bijak mengawal situasi dalam perhubungan.

“Saya lebih matang dan tiada benda yang perlu disembunyikan. Kalau dulu nak keluar ‘dating’ mesti akan pergi tempat yang privasi dan perlu ada yang teman.

“Macam-macam saya fikir termasuk nak jaga hati orang lain. Namun sekarang, saya mahu melalui fasa yang normal macam orang lain.

“Malah, ketika pertama kali berjumpa dengan dia, kami pergi makan di sebuah kedai di Kampung Baru. Tempat yang padat dengan orang,” katanya.

Erra bagaimanapun sempat meluahkan rasa lega apabila rata-rata peminatnya memberi lampu hijau terhadap hubungannya, bahkan mendoakan kebahagiannya bersama lelaki itu.

“Alhamdulillah apabila ada peminat yang restu dan kata lulus dengan hubungan saya kali ini. Apa pun, saya memohon doa semua. Harap harap indah di fasa sekarang dan fasa-fasa seterusnya,” jelasnya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya