Ernie Zakri sokong boikot Jofliam - Utusan Malaysia

Ernie Zakri sokong boikot Jofliam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA :Penyanyi terkenal, Ernie Zakri, 32, menyatakan sokongan terhadap kempen boikot terhadap pempengaruh media sosial, Jofliam.

Ia susulan kenyataan lelaki itu yang didakwa memperlekeh penggunaan epidural oleh bekas isterinya, Cik Epal ketika bersalin.

Ernie atau nama sebenarnya, Nur Ernie Shahirah Zakri, menyatakan sokongan tersebut menerusi satu hantaran ringkas di platform X.

“Nak join sekali lah sebab kitonyo geng epi epi jugak,” katanya.

Sebelum ini, tular satu tangkap layar yang memaparkan perbualan antara Jofliam dan seorang individu menerusi Direct Message (DM) di Instagram.

Perbualan itu menunjukkan kenyataan Jofliam yang seperti memperlekehkan bekas isterinya yang bersalin dengan bantuan suntikan epidural.

Perbualan tersebut dikatakan bermula apabila individu terbabit menyentuh tentang pengorbanan Cik Epal ketika melahirkan dua anak mereka, Han dan Yuki.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN