Enam sekeluarga terselamat dalam kejadian rumah runtuh

Enam sekeluarga terselamat dalam kejadian rumah runtuh

ANGGOTA bomba membantu membawa keluar wanita warga emas yang kakinya dihempap dalam runtuhan rumah di Lawas, Sarawak awal pagi tadi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Enam sekeluarga nyaris maut apabila rumah mereka tiba-tiba runtuh dalam kejadian di Kampung Banting, Lawas, Sarawak, awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden itu pada pukul 3.10 pagi.

Menurutnya, sepasukan anggota Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lawas bergegas ke lokasi dan mendapati rumah jenis tidak kekal itu runtuh sepenuhnya.

“Lima daripada mangsa yang membabitkan seorang lelaki dewasa, dua wanita serta dua kanak-kanak lelaki berjaya menyelamatkan diri dan hanya mengalami kecederaan ringan.

“Bagaimanapun, seorang wanita warga emas terperangkap berikutan kakinya dihempap almari yang tumbang dalam insiden itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menurutnya, pasukan operasi turut membantu mengeluarkan kaki mangsa yang tersepit itu dengan menggunakan peralatan khas.

Jelasnya, wanita terbabit dihantar ke Hospital Lawas untuk rawatan lanjut.

“Pasukan bomba menamatkan operasi pada 3.59 pagi dan punca kejadian masih dalam siasatan,” katanya.

Difahamkan, kesemua mangsa kini tinggal sementara di kediaman sanak-saudara yang berdekatan. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya