Enam balai bomba dikerah padam kebakaran gudang kertas dan bahan kimia

Enam balai bomba dikerah padam kebakaran gudang kertas dan bahan kimia

BOMBA DAN PENYELAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLANG: Sebuah gudang menyimpan kertas dan bahan kimia di Kawasan Industri Bandar Sultan Suleiman di sini musnah dalam kebakaran pagi ini, sekali gus mencetuskan operasi besar-besaran oleh pihak bomba.

Menurut Penolong Pengarah Operasi Bomba Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.10 pagi sebelum menggerakkan kekuatan penuh ke lokasi kejadian.

“Sebanyak enam Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) termasuk Pelabuhan Klang, Klang Selatan, Klang Utara, Pulau Indah, Bukit Jelutong dan Damansara dikerahkan.

“Seramai 32 pegawai dan anggota bersama lapan jentera termasuk ambulans terlibat dalam operasi ini,” katanya dalam kenyataan.

Kebakaran dilaporkan melibatkan gudang seluas 200 x 200 kaki persegi, membabitkan bangunan kelas C yang kini sudah musnah kira-kira 40 peratus.

“Kebakaran masih sedang marak dan operasi pemadaman sedang dijalankan secara agresif,” jelas Ahmad Mukhlis.

Setakat ini, tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian tersebut.

Usaha memadam api sepenuhnya serta mengenal pasti punca kejadian masih diteruskan. Pihak bomba turut menekankan pemantauan rapi bagi mengelakkan api merebak ke premis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya