Empat penjuru rebut jawatan Ketua PKR Cabang Jerantut

Empat penjuru rebut jawatan Ketua PKR Cabang Jerantut

DARI kiri Mohamad Rafly Mohd. Satar, Hassan Basri Awang Mat Dahan dan Mohd. Hasnizam Md. Daud.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JERANTUT: Empat calon vete­ran dan orang muda mengesahkan bertanding merebut jawatan Ketua Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Jerantut menje­lang pemilihan pada 19 April ini.

Ketua PKR Cabang Jerantut, Mohamad Rafly Mohd. Satar mengesahkan mempertahankan kedudukannya dan bakal berdepan cabaran daripada bekas calon kerusi Parlimen Jerantut pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), Prof. Dr. Hassan Basri Awang Mat Dahan.

Selain itu, dua calon muda turut memasuki gelanggang iaitu Pengerusi Kelab Pemacu Masyarakat Jerantut, Mohd. Hasnizam Md. Daud dan ahli perniagaan, Khairul Asri Badrun.

Mohamad Rafly yang juga bekas calon di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Damak pada PRU15 berkata, dia berhasrat terus berjuang memulihkan kebajikan rakyat khususnya hala tuju pembangunan dan akur bakal berdepan cabaran tiga calon lain secara sihat serta demokrasi.

“Saya belajar menerusi pengalaman sebagai Ketua Cabang di sini sepenggal lalu sambil mencongak untuk berusaha, penambaikan pengurusan kebajikan penduduk dan pembangunan daerah ini,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Pertembungan empat penjuru itu turut memfokuskan kepada tokoh akademik yang berpengalaman iaitu Hassan Basri yang sudah bertapak kukuh di Jerantut dan dikenali ketika bertanding pada PRU15. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya